Lawatan Shinjiru Ke Rumah Anak-anak Yatim!

By Wani | 22 February 2010 | Category: | Tags: , , , , |

Dalam apa jua sambutan,kanak-kanaklah yang akan bergembira berbanding orang-orang dewasa. Lebih-lebih lagi jikalau mereka menerima ang-pau. Secara jujurnya, semua pun pasti merasa gembira bukan jikalau menerima ang-pau betul tak? Sempena Tahun Baru Cina ini, kami di Shinjiru telah memutuskan untuk melawat Rumah Anak-anak Yatim Angel di Taman OUG,KL. Lawatan ini telah diterajui oleh Charles. Menurut Charles, kami juga melawat rumah anak-anak yatim yang sama pada tahun yang lepas. Lawatan kali ini telah diikuti oleh Terence, Charles, CJ, Jeffrey dan Adam.

Kami memulakan hari itu dengan berkumpul di rumah Terence pada jam 9.45 pagi. Sebelum kami ke rumah anak-anak yatim, kami terlebih dahulu memenuhi perut dahulu dengan sarapan pagi di sebuah gerai makanan berdekatan dengan pasar pagi di Taman OUG. Pelbagai sajian makanan telah dihidangkan di situ dan ianya amatlah sedap. Pada jam 10.45 pagi, kami pun berangkat ke destinasi sebenar kami.

Rumah Kanak-kanak Yatim Angel yang terletak di Taman OUG

Rumah Kanak-kanak Yatim Angel yang terletak di Taman OUG

Kami tiba dalam masa yang sesuai kerana kami berjanji dengan penyelia rumah Angel pada jam 11 pagi. Lawatan kali ini juga kami membawa barang-barang yang lebih banyak berbanding tahun lepas. Antara barang-barang yang telah kami bawa adalah Milo, susu sejat, minyak masak, keropok, corn flakes, gula, garam dan banyak lagi. Tidak lupa juga dengan oren mandarin dan ang-pau!

Rupa-rupanya kami bukan merupakan pengunjung tunggal rumah Angel pada hari itu. Ada juga beberapa pengunjung lain yang bersama kami juga. Kami berborak dengan Ms. Belinda dan kanak-kanak di sana. Lebih kurang 14 kanak-kanak dari lingkungan umur 5-9 tahun yang sempat kami berjumpa. Mereka menunjukkan tempat mereka makan, tidur dan juga tempat mereka bermain. Pendek cerita, kami melwat seluruh rumah Angel.

Apabila jam berdetik ke pukul 12 tengahari, ia menunjukkan masa untuk kami berangkat pulang. Setelah kami mengucapkan selamat tinggal kepada kanak-kanak di rumah Angel, kami mengambil gambar bersama mereka sebagai kenangan.

Group foto bersama kanak-kanak Angel

Group foto bersama kanak-kanak Angel

Terdapat lagi gambar di Rumah Angel di Fanpage Facebook Shinjiru. Klik di sini and lihat! Setakat ini saja untuk posting blog Shinjiru minggu ni. Jumpa lagi di minggu depan!

Shinjiru Web Hosting

0 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

HTML Tags are allowed