Keratan Akhbar

Penglibatan Shinjiru dalam Kempen Earth Hour 2009

Kuala Lumpur, Malaysia – 26 Mac 2009 – Shinjiru, sebagai salah satu syarikat terulung di Asia dalam dedicated server dan pembekal web hosting, telah bekerjasama dengan World Wide Fund untuk menyediakan kemudahan hosting sepenuhnya dalam usaha menyokong program Earth Hour di Malaysia. Shinjiru telah bersetuju untuk meyediakan hosting platform dan sokongan untuk http://www.earthhour.org.my; website rasmi Malaysian Earth Hour.

earth-hour2

Earth hour adalah kempen tahunan yang diketuai oleh WWF yang menggalakkan kerjasama global dalam perubahan cuaca. Tahun ini, setiap lampu yang dipadamkan dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam akan dikira sebagai satu point. Keputusan untuk point in akan dibentangkan oleh WWF dalam Global Climate Conference di Copenhagen akhir tahun ini.

“Kami tidak dapat menghentikan operasi kami selama satu jam kerana sebagai pembekal servis internet kami terpaksa menyediakan perkhidmatan 24 jam. Namun demikian, kami cuba sedaya upaya untuk menyokong program ini dengan menaja rangakaian hosting server tercanggih dengan sumber tanpa had dan sokongan teknikal untuk program ini. Kami juga memastikan bahawa website tersebut beroperasi melalui green server yang sememangnya menjimatkan tenaga dengan carbon footprint yang rendah.”kata Terence Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, Shinjiru Technology.

“Selain daripada itu, kami memaparkan juga banner Earth Hour di dalam muka utama website Shinjiru, di mana ianya membolehkan laluan terus ke website rasmi Earth Hour. Diharap usaha ini akan sedikit sebanyak meningkatkan tahap kesedaran dan menggalakkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia terutamanya mengurangkan penggunaan tenaga walaupun selepas program ini berakhir.” tambah beliau lagi.

Jeffrey Khow, Ketua Pegawai Pemasaran berkata, “Jika kita berjaya membawa mesej ini kepada ahli keluarga masing-masing, dan bekerjasama menjayakan program ini, kesan Earth Hour akan berkekalan lebih daripada 60 minit, dan ianya akan memberi keuntungan kepada genreasi akan datang kelak.”

Menaiktaraf Semi Dedicated Server

intropara_semidedicatedserver

Kuala Lumpur, Malaysia – 10 Feb, 2009 – Shinjiru mengetuai penyedia bagi dedicated server dan web hosting di Asia, hari ini membentuk pakej baru untuk pelan Semi Dedicated Server (SDS) bagi memenuhi permintaan pasaran bagi menaiktaraf prestasi server, meningkatkan sumber server dan pengurusan server tidak memerlukan pelaburan yang tinggi seperti dedicated server.

“Pelan SDS kami merupakan pertengahan antara akaun Virtual Private Server (VPS) dan Dedicated Server. Pakej ini dibentuk untuk korporat dan organisasi yang memerlukan server web hosting tanpa meneruskan bayaran yang mahal bagi dedicated server. SDS juga memberi tumpuan kepada blog, forum, laman web komuniti yang mempunyai trafik yang tinggi yang mempunyai prestasi server yang terbaik. Objektif sebenar  SDS ialah menawarkan pengkalan hosting yang hebat dengan kos yang rendah,” kata Terence Choong, Ketua Pegawai Eksekutif Shinjiru Technology.

Bagi menyenggara kestabilan server dan memastikan prestasi server yang optimum kepada semua pengguna Semi Dedicated Server, setiap SDS hanya diisi dengan 5 domain dalam satu masa. Semua pelan SDS termasuk bantuan 24×7x365 dan perkhidmatan pengurusan server turut disediakan bagi memenuhi keperluan bahagian.


Program Affiliate Baru

Kuala Lumpur, Malaysia – 2 Jan, 2009 – Shinjiru mengetuai dedicated server dan penyedia web hosting di Asia hari ini melancarkan program Affiliate termasuk komisen jualan yang tinggi dan sistem brand baru untuk mengesan jualan yang dibuat serta bayaran yang dibuat.

intropara_reselleraffiliate

Ahli affiliate akan dilipih bagi mendapat jemputan bagi pelancaran sistem baru ini untuk berkongsi input dan member pandangan kepada sesiapa yang mahu menjadi ahli affiliate. Salah seorang dari mereka ialah Vincent Tan, pemilik blog yang terkenal dan turut aktif menyertai forum dan beliau mendapat banyak keuntungan dari Program Affiliate Shinjiru. “Kami sangat kagum dengan sistem Affiliate ini kerana ia sangat cepat sejak pertama kali dimaklumkan oleh Shinjiru untuk menaiktaraf sistem sedia ada. Saya percaya kepada Shinjiru dan telah mendapat banyak pengalaman yang baik mengenai hosting dan mencadangkan perkhidmatan hosting mereka di internet. Kami akan bekerjasama dalam  menjayakan promosi untuk ahli baru dan ini merupakan langkah bagus untuk satu permulaan.”

Pengurus Jualan Jeffrey turut berucap semasa pelancaran, “Kami sentiasa mengukuhkan permintaan bagi Program Affiliate dan menaiktaraf sistem, pendaftaran, kebolehgunaan dan yang paling penting pengiraan bagi komisen adalah mudah. Keseluruhan proses dari mula hingga akhir mengambil masa yang kurang dan syarat yang dikenakan adalah mudah dan senang.”

Dengan menaiktaraf sistem affiliate ini, Shinjiru berharap dapat meramaikan ahli affiliate dan kami menganggarkan komisen yang akan diberikan adalah sebanyak RM50,000 untuk tahun 2009.


Pelancaran Penyertaan Data Centre Jepun

Kuala Lumpur, Malaysia – 28 Dec, 2008 – Shinjiru mengetuai bagi penyedia dedicated server dan web hosting di Asia, hari ini melancarkan penyertaan bagi Data Centre kelapan dalam rangkaian Shinjiru.

“Dalam masa 2 bulan, kami telah menyertai 2 Data Centre yang paling stabil and kemampuannya dipercayai di seluruh Asia. Kami telah menjelajah dan melawat data center tersebut 2 tahun yang lepas sebelum membuat keputusan untuk melancarkan Data Center ini. Jepun mempunyai penembusan Internet yang paling tinggi dan rangkaiannya adalah yang paling laju ke seluruh dunia.” kata Terence Choong, Ketua Pegawai Eksekutif di Shinjiru Technology.

Shinjiru merancang untuk menyediakan seluruh spektrum perkhidmatan hosting dari dedicated server, co-location, semi dedicated server, virtual private server, dan akaun shared hosting di Data Centre ini dalam tahun yang sama.


Penyertaan Rasmi di Data Centre Singapura

Kuala Lumpur, Malaysia – 7 Nov, 2008 – Shinjiru mengetuai bagi penyedia dedicated server dan web hosting di Asia, hari ini secara rasminya telah melancarkan penyertaan baru di Data Centre Singapura dan ketika ini juga penawaran sudah dibuka.

intropara_sgdedicated

“Kami berbangga kerana akhirnya kami berjaya menawarkan perkhidmatan hosting di Data Centre Singapura kepada pelanggan kami. Data Centre ini bukan sahaja menyediakan laluan menaik yang cepat kepada pelanggan yang berada di Eropah dan Amerika, ia juga turut menyediakan kemudahan yang lebih berbanding dengan Data Centre yang lain dan operasi Internet terus saling berhubung dan setara seperti PCCW, Singtel, dan StarHub.” kata Shaun Lim, CTO di Shinjiru.

Shinjiru juga turut mengumumkan rancangan untuk menyertai di pelbagai Data Centre secara global pada masa akan datang, “Kami berada di peringkat akhir menakluk data centre di pelbagai Negara. Kami harap kami dapat melaksanakannya sebelum bermula tahun 2009 sehingga semuanya selesai, kami percaya kami mampu.”

Data Centre Singapura akan mula ditawarkan dengan dedicated server dan akaun Shared Hosting. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan dedicated server di Data Centre Singapura, sila klik pada link tersebut: http://shinjiru.com.my/webHosting/sgDedicatedServers.html

13 May 2009Wani1 comment

One Response

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. Fadzly
    20 May 2009 6:36 PM

    Shinjiru Terbaik!

    Reply

HTML Tags are allowed